Advertisements
“Itu Permintaan Pau Marti” – FAM
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa Ketua Jurulatih, Pau Marti yang meminta untuk menguji sebuah kelab pada aksi Oktober lalu.

Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, beliau memaklumkan bahawa keputusan untuk bertemu satu kelab dan juga satu negara bagi aksi Tier 1 FIFA adalah ketentuan dari ketua jurulatih.

Beliau juga memaklumkan bahawa sama seperti aksi menentang New Zealand dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada bulan Oktober sebelum ini, Pau Marti yang memutuskan pasukan lawan bagi aksi persahabatan bulan Oktober dan November.

Pau Marti sendiri yang ingin menentang satu kelab (Auckland FC) pada bulan Oktober. Ini kerana beliau mahu mendapatkan perlawanan menentang pasukan
negara yang berada dalam ranking lebih tinggi dan kompetitif.

“Tapi tiada pasukan negara yang sesuai pada ketika itu,” jelasnya.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu juga akan menentukan skuad mana yang bakal dihantar bagi menghadapi saingan Piala Mitshubishi Electric ASEAN tahun ini.

“Pada masa sama, Pau Marti juga akan memutuskan pasukan manakah yang akan dihantar beraksi pada Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 nanti.

Perlawanan menentang Laos dan India ini adalah persiapan terakhir beliau dalam menyediakan
pasukan ke kejohanan tersebut, ” jelas Noor Azman.

Aksi menentang Laos dijadualkan pada 14 November manakala berdepan India, 18 November di tempat lawan.