“Itu Saya” – Kylian Mbappe
MakanBola
Kylian Mbappe
Sponsors

Penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe meluahkan rasa kagum apabila melihat patung lilin dirinya yang akan dipamerkan di Madame Tussauds London.

Penyerang berusia 26 tahun itu berpeluang melihat patung tersebut apabila ia didedahkan di Madrid.

Ad

Mbappe memberi banyak maklum balas kepada pasukan Madame Tussauds berkenaan patung tersebut sepanjang proses penghasilan selama sebulan di London.

Ad

Sebaik melihat patung lilin itu buat kali pertama, bintang Real Madrid itu kagum dengan hasil kerja mereka.

“Jersi baru, but baru juga. Itu saya. Saya cukup sukakannya, mengagumkan,” katanya kepada Sky Sports.

Ad

“Oh, Tuhanku, anda dapat segalanya (ciri fizikal yang tepat). Ia satu (proses) yang menyeronokkan.”

Ad

Mbappe turut melihat ini sebagai satu penghormatan kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Madame Tussauds.

Ad

Ini bukan kali pertama Madame Tussauds menghasilkan patung lilin beliau. Sebelum ini, Madame Tussauds turut menghasilkan patung lilin Mbappe di Berlin, Jerman sempena saingan EURO 2024.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments