“Itu Tanda TMJ Amat Prihatin Untuk Lihat Kebangkitan Bola Sepak Malaysia”
Liga Super
MFL
Advertisements

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ untuk melihat kemajuan bola sepak Malaysia dipuji oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Belia & Sukan (NGO) Terengganu.

Satu Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia 2024/25 telah menyaksikan beberapa perubahan besar telah diusahakan bagi meningkatkan mutu Liga Malaysia.

Antara pengumuman penting yang dibuat oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) adalah dengan penyediaan geran kepada setiap negeri bernilai RM500 ribu.

Advertisements

Sebanyak RM300 ribu disediakan bagi tujuan pembaikan saliran padang sementara RM200 ribu diperuntukkan bagi penukaran padang selain cow-grass.

Selain itu, DYAM TMJ juga akan meyumbangkan sebanyak RM300 ribu kepada negeri yang telah menyelesaikan penukaran padang dengan wang itu bertujuan untuk penyelenggaraan padang.

Keprihatinan DYAM TMJ ini mendapat pujian beberapa orang exco negeri yang menzahirkan penghargaan kepada usaha baginda.

Advertisements

“Kita sangat bersyukur dengan apa yang diumumkan oleh YB Menteri untuk sumbangan RM500 ribu kepada semua kerajaan negeri yang memohon.”

“Inisiatif peribadi yang dinyatakan oleh Tunku (TMJ) adalah untuk kos penyelenggaraan sebanyak RM300 ribu itu sangat luar biasa. Itu tanda Tunku Mahkota Johor (TMJ) sangat prihatin untuk melihat kebangkitan bola sepak negara di pentas dunia,” ujarnya kepada MFL.

Perkara ini juga disambut baik oleh Exco Sukan negeri Kelantan, Tuan Zamakhshari yang mahu membuat penambahbaikan segera di stadium Kelantan.

Advertisements

Peruntukkan ini juga disifatkan bakal memudahkan para pemain apabila dapat beraksi di atas padang berkualiti dengan sistem saliran yang baik dapat mengelakkan takungan air atas padang.

“Ini dapat menyempurnakan penanaman rumput yang diperlukan dan saliran selain memberi keselesaan kepada pemain,” ujar Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

Tempoh yang diberikan untuk penukaran rumput pula sehingga sebelum Mei 2024 dengan hasrat saingan Liga Malaysia dapat berlangsung dengan lebih lancar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram