Ivan Mamut Import Terbaru Terengganu?
Dunia
Izak Ante Sucic
Advertisements

Terengganu ketika ini sedang memburu pemain import bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia musim hadapan. Dan satu nama telah dikaitkan dengan pasukan Penyu bimbingan Tomislav Steinbruckner bagi mengisi slot penyerang iaitu penyerang Croatia, Ivan Mamut. Mamut ketika ini berstatus ejen bebas selepas dilepaskan kelab lamanya, FCSB sejak Ogos lalu.

Memulakan karier profesional bersama Hajduk Split pada 2015, anak jati Split itu tidak membuat sebarang penampilan bersama HAJ. Sebaliknya, dia dipinjamkan ke Hrvace dan Primorac Stobrec. Mamut kemudiannya menyertai NK Inter Zapresic pada 2016 dengan membuat 72 penampilan dan 13 gol.

Pada tahun terakhirnya bersama The Ceramists, Mamut dipinjamkan ke kelab Romania Universitatea Craiova. Walaupun hanya mencatat sembilan dan tidak menjaringkan sebarang gol, The White Blues menukar status pinjamannya kepada perpindahan tetap pada musim 2021. Mamut kemudiannya membuat 14 penampilan dan menjaringkan satu gol bersama mereka sebelum menyertai FCSB.

Advertisements

Rekodnya bersama FCSB menyaksikan Mamut membuat 13 penampilan dan satu gol sebelum dilepaskan pada Ogos tahun ini. Skuad Penyu pasti berharap pulangan gol penyerang berusia 25 tahun ini lebih baik bersama mereka sekiranya perpindahan tersebut bakal menjadi kenyataan. Selain Mamut yang dikaitkan dengan Terengganu, seorang lagi pemain Croatia yang tidak didedahkan turut diintai pasukan Pantai Timur itu bagi mengisi posisi pemain tengah bertahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram