Advertisement
Izham Tarmizi Mula Turun Berlatih Bersama JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penjaga gol skuad muda kebangsaan, Izham Tarmizi sudah mula memulakan latihan bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Izham yang menghabiskan musim lalu dengan beraksi bersama Sri Pahang FC secara pinjaman kini sudah kembali ke pangkuan kelab lamanya yang juga juara Liga Super musim 2023.

Kepulangan Izham ke kelab selatan tanah air itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Haziq Nadzli yang mengambil keputusan untuk berhijrah secara pinjaman ke Perak bagi musim ini.

Sepanjang menyarung jersi skuad Tok Gajah pada musim lalu, Izham telah merekodkan 19 penampilan dalam semua pertandingan selain dibolosi sebanyak 23 kali dan berjaya mengekalkan 6 clean sheet.

Menerusi satu foto yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers di Facebook menyaksikan kelibat penjaga gawang berusia 33 tahun itu sedang giat menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan.

Turut kelihatan, beberapa tonggak utama pasukan JDT seperti Fernando Forestieri, Endrick Dos Santos, Afiq Fazail dan ramai lagi yang turun dalam sesi latihan yang diadakan di Padang Seri Gelam.

JDT kini sedang memimpin carta Liga Super 2024/2025 setelah mencatatkan dua kemenangan dalam dua aksi awal liga termasuklah ketika berdepan Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.

Selepas ini, pasukan kendalian Hector Bidoglio akan berangkat ke ibu kota untuk aksi ketiga liga menentang KL City di Stadium Cheras pada 25 Mei hadapan.