Jaami Qureshi Alami Kecederaan ACL
Dunia
MakanBola
Jaami Qureshi
Advertisements

Pemain kelahiran Malaysia-Iraq yang kini berada di England, Jaami Qureshi dilaporkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sekali gus memaksa pemain berusia 18 tahun itu berehat sehingga tamat musim ini.

Berita itu dikongsikan oleh laman twitter, Iraq Football Podcast dalam satu ciapan terbaru mereka. Dalam masa yang sama, difahamkan sehingga kini Jaami masih belum mempunyai kelab selepas dilepaskan Brighton & Hove Albion Julai lalu.

Advertisements

Untuk rekod, sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi bekas Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar menafikan dakwaan FAM tidak berusaha membawa Jaami untuk menyarung jersi negara.

Advertisements

Perbincangan di antara FAM dan bapa Jaami iaitu Perviz Qureshi pada 2020 menemui kegagalan apabila Perviz mahu Jaami diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian daripada jurulatih skuad muda negara ketika itu, Brad Maloney.

Dengan kecederaan yang dialami Jaami kini, ianya sudah pasti beliau terlepas peluang keemasan untuk menyarung jersi kebangsaan Iraq dalam masa terdekat.

Advertisements

News Comments Account