Blog
Advertisements

Jadon Sancho yang sebelum ini membuat 104 penampilan bersama Borussia Dortmund dan menjaringkan 38 gol secara rasminya milik Manchester United.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pemain dengan nilai antara termahal dunia ini memilih jalan yang berliku untuk berada pada tahap sekarang.

Sehinggakan pihak Bundesliga menilai Jadon Sancho sebagai pemain masa depan paling bernilai di Liga Jerman tersebut.

Advertisements
Jadon Sancho
Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images

Jadon Sancho yang beraksi bersama skuad muda Manchester City pada tahun 2015 – 2017 pernah menolak tawaran “mewah” kelabnya sendiri kerana sedar beliau sukar berkembang dalam suasana Liga Perdana Inggeris ketika beliau masih dalam fasa “berkembang”.

Sancho dan pengurusnya menolak tawaran kontrak mewah ditawarkan Manchester City kerana tiada jaminan dinyatakan dalam kontrak yang Sancho bakal diturunkan dengan kerap bersama pasukan senior.

Manchester City pernah menawarkan kontrak lanjutan kepada Jadon Sancho agar kekal di Manchester City namun beliau memilih untuk berpindah demi minit permainan.

Advertisements

“Kami berjabat tangan. Beliau antara pemain terbaik dunia dan kami berbincang berkenaan gaji. Kami menawarkan kontrak terbaik buatnya (Jadon Sancho).”

“Namun sebelum sesi latihan bermula dia (Sancho) ataupun mungkin pengurusnya membuat keputusan untuk tidak menandatangani kontrak baru.” Jelas Pep Guardiola kepada SkySports Retro.

Sementara itu selepas England menewaskan Ukraine 4-0 dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2020, Sancho tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

Advertisements

“Salah satu saat paling menggembirakan dalam hidup saya. Keluarga saya pasti berbangga. “

“Saya sedar saya tiada dalam kesebelasan utama (perlawanan sebelum ini) namun saya tahu peluang saya akan hadir. Saya gembira dan tunjukkan kepada peminat apa yang saya mampu lakukan.”, jelas jadon Sancho kepada ITV Sport.

https://www.youtube.com/watch?v=Q5dSUAch3gk
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram