Advertising
Jadual Lengkap UCL, Aksi Man City vs Real Madrid Paling Hangat
MakanBola
Manchester City

Aksi pusingan play-off dan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) menyaksikan ujian sukar bakal menanti Real Madrid dan Man City.

Ini selepas 16 pasukan yang layak ke pusingan play-off mengetahui siapa lawan mereka di pusingan itu dan lawan berpotensi di pusingan 16 terbaik menerusi cabutan undian.

Aksi play-off terlebih dahulu menyaksikan Los Blancos bakal berentap dengan Manchester City. Paris Saint-Germain bakal menentang kelab senegara, Brest.

Ad

Club Brugge berdepan juara Liga Europa 2023/24, Atalanta. Kelab gergasi Itali, Juventus pula berdepan wakil Belanda, PSV Eindhoven.

Ad

AS Monaco pula bakal bersaing dengan kelab gergasi Portugal, Benfica. Satu lagi kelab gergasi Portugal, Sporting Lisbon menentang finalis kejohanan musim 2023/24, Borussia Dortmund.

Juara Scottish Premiership, Celtic berdepan tentangan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich. Juara Eredivisie musim 2023/24, Feyenoord pula berdepan A.C. Milan.

Ad
Ad

Aksi play-off bakal berlangsung pada 11-12 Februari (aksi pusingan pertama) dan 18-19 Februari (aksi pusingan kedua). Pemenang bakal melalui proses cabutan undi untuk menentukan pasukan yang dihadapi dalam pusingan 16 terbaik.

Ad

Arsenal atau Inter Milan bakal berdepan sama ada pemenang aksi Juventus-PSV atau Feyenoord-AC Milan di pusingan 16 terbaik.

Atletico Madrid atau Bayer Leverkusesn berpotensi berdepan pemenang aksi Real Madrid-The Citizens atau Celtic-Die Roten.

Barcelona atau Liverpool pula akan ditentang sama ada pemenang aksi AS Monaco-Benfica atau Brest-PSG.

Satu lagi wakil England, Aston Villa atau Lille akan menanti pemenang aksi Brugge-Atalanta atau Sporting-Dortmund di pusingan 16 terbaik.

Cabutan undi untuk pusingan 16 pasukan terbaik UCL bakal diadakan di Nyon, Switzerland pada 21 Februari 2025.