Advertisement
Jadual Suku Akhir Challenge Cup, Ada Kedah & Selangor
MFL
MakanBola
KDAFC/SFC

Saingan MFL Challenge Cup 2024/25 dijangka meriah dengan kehadiran dua pasukan gergasi tanah air, Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Kedua-dua pasukan beraksi dalam kejohanan ini selepas tersingkir di pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2024/25. Selangor tersingkir selepas kecundang di tangan Sri Pahang FC.

Kedah pula terpaksa akur dengan kehebatan KL City FC dalam aksi kedua pusingan itu meskipun pada peringkat awal, memiliki kelebihan agregat 3-2.

Selain Selangor dan Kedah, juara bertahan PDRM, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Penang FC, Melaka FC, PT Athletic FC dan KL Rovers FC turut beraksi dalam kejohanan sama.

Kejohanan ini dilihat peluang terbaik buat pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi dan ketua jurulatih interim Kedah, Victor Andrag meraih trofi pertama bersama pasukan masing-masing.

Semakan pada jadual suku akhir MFL Challenge Cup menyaksikan Selangor bakal berdepan Kelantan DN. Kedah pula bakal berdepan KL Rovers dalam satu lagi aksi suku akhir.

Seandainya kedua-dua pasukan ini berjaya mara sehingga ke final, Selangor dan Kedah berpeluang untuk berentap demi meraih kejuaraan MFL Challenge Cup.