Jakkaphan Yakin Malaysia Akan Kalah Kepada Thailand
Dunia
changsuek
Advertisements

Menjelang aksi King Cup membabitkan Malaysia dan Thailand esok, pemain Thailand, Jakkaphan Kaewprom suarakan keyakinan untuk menumbangkan Malaysia dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Ulangtahun Ke 700 Chiang Mai, Thailand.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertamu adalah pada Jun 2021 di mana Thailand gagal menyaingi Malaysia dan tewas 0-1 kepada skuad Harimau Malaya yang pada ketika itu dibawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Jakkaphan mahu melupakan kekalahan itu dan percaya bahawa skuad Thailand kini sudah berubah corak permainan selepas bertukar jurulatih yang baharu iaitu Alexandre Polking.

Advertisements

“Pada hari tersebut (tewas kepada Malaysia 0-1) saya akui kami tidak beraksi dengan baik tapi itu hanya tinggal sejarah,” kata Jakkaphan.

“22 September (esok) akan menjadi hari yang penting apabila kami percaya kepada pemain sedia ada. Kini, kami sudah tukar jurulatih baharu yang mengubah cara kami bermain. Saya pasti ia akan menjadi perlawanan yang bagus untuk kami dan saya pasti kami akan menang.” jelasnya lagi.

Jakkaphan dalam masa yang sama berjanji akan membuktikan siapa sebenar dirinya dalam perlawanan esok dan bakal memberikan segalanya yang termampu demi membawa kemenangan kepada Thailand.

Advertisements

Perlawanan di antara Malaysia dan Thailand akan diadakan pada pukul 8.30 malam esok dan akan disiarkan secara langsung eksklusif di TV9 dan Astro Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram