“Jalan Luqman Hakim Bukan Mudah” – Brad Maloney
Malaysia
YSCC
Advertisements

Bekas jurulatih bawah 19 tahun negara, Brad Maloney mengakui penyerang muda, Luqman Hakim perlu lebih berkerja keras selepas ini. 

Luqman Hakim Shamsudin sah berkelana ke Liga Jepun menyertai pasukan YSCC Yokohama yang beraksi di divisyen ketiga bagi musim 2024/25. 

Penolong jurulatih pasukan kebanggsaan Australia itu merasakan bukan jalan yang mudah buat Luqman untuk bersaing bersama penyerang-penyerang terbaik di Liga Jepun.

Advertisements

Brad percaya jika Luqman mampu beri saingan terbaik sekurang-kurangnya mendapatkan minit permainan yang tinggi bersama YSCC Yokohama pastinya beliau akan diserapkan ke skuad utama negara. 

“Saya pasti beliau bercita-cita tinggi untuk terus mewakili Malaysia di peringkat tertinggi. Sebagai pemain muda yang beraksi di posisi beliau, ianya bukan jalan yang mudah untuk bersaing bersama pemain terbaik di Jepun.

“Beliau perlu berkerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan saya yakin jurulatih negara akan memantau prestasi dan akan dipanggil jika sudah dalam keadaan terbaik,” kata Brad dalam temubual bersama Astro Arena

Advertisements

Tambahnya, beliau kagum dengan keputusan berani Luqman untuk terus kekal beraksi di luar negara. 

Brad yakin Luqman mampu mempamerkan prestasi terbaiknya bersama kelab selain dapat menambah pengalaman dan meningkatkan mutu permainan secara teknikal. 

“Saya merasakan ianya satu peluang yang terbaik buat Luqman beraksi di Jepun. Beliau sudah mempunyai pengalaman yang luas di Eropah, dia seorang pemain yang berani.

Advertisements

“Beliau menunjukkan komitmen tinggi untuk kekal beraksi di luar negara. Ianya satu perkara yang bagus buatnya untuk terus berkembang dari segi pengalaman bahkan juga secara individu,” katanya.

Luqman Hakim sebelum ini telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat pada November tahun lepas bagi persiapan Piala Asia B-23 tahun 2024 ini.

Penyerang muda negara itu pindah ke Yokohama SCC adalah secara pinjaman selama setahun. Beliau masih mempunyai baki kontrak bersama KV Kortrijk sehingga 2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram