Advertising
“Jangan Fikir Jadi Terbaik Di Malaysia Saja” – Katsuhito Kinoshi
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mahu dua tonggak pasukan itu, Quentin Cheng dan Aliff Haiqal Lau agar meluaskan perspektif mereka.

Ini kerana pengendali Jepun berusia 60 tahun itu melihat kedua-dua pemain tersebut memiliki potensi menjadi pemain terbaik Malaysia terutama jika diberi peluang beraksi di luar negara.

Ad

“Mereka jangan hanya fikir menjadi pemain terbaik di Malaysia saja. Mereka perlu memiliki matlamat (lebih besar daripada itu) untuk menjadi pemain yang sangat bagus.

Ad

“Mereka miliki potensi, bukan saja mereka. Semua pemain Selangor juga (miliki potensi),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Musim 2024/25 menyaksikan kedua-duanya menjadi tonggak utama Selangor di bahagian tengah dan pertahanan.

Ad

Quentin dan Aliff masing-masing merekodkan 29 dan 32 penampilan dalam semua kejohanan buat Merah Kuning termasuk saingan MFL Challenge Cup.

Ad

Kelibat mereka dijangka ditagih Kinoshi menjelang aksi separuh akhir kedua MFL Challenge Cup menentang Penang FC pada 2 Februari ini.

Ad

Merah Kuning memiliki kelebihan satu gol ke atas Harimau Kumbang selepas menewaskan pasukan itu dalam aksi separuh akhir pertama pada 19 Januari lalu.