“Jangan Kerana Ego, Karier Kamu Musnah” – Justinus Lhaksana
Asia Tenggara
Sabah FC & Coach Justinl
Advertisements

Bekas jurulatih futsal Indonesia, Justinus Lhaksana mengingatkan Saddil Ramdani agar tidak terlalu mengikut ego yang bakal memberi kesan besar kepada karier bola sepaknya.

Beliau yang kini bergelar pengulas bebas di Indonesia memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain sayap sensasi Indonesia itu baru-baru ini.

Saddil dalam ciapannya di Instagram menyatakan rasa kurang senang dengan ktitikan yang dilemparkan oleh penyokong Sang Garuda terhadap prestasinya bersama skuad Indonesia.

Advertisements

Malah, beliau juga tampil mempertahankan keputusannya untuk kekal beraksi di Malaysia sungguhpun pernah menerima tawaran beraksi di Eropah.

Justinus atau lebih mesra dikenali Coach Justin merasakan tindakan pemain Sabah FC ini tidak seharusnya dilakukan kerana akan memberi kesan yang besar terhadap kariernya yang sedang meningkat naik.

Advertisements

“Kamu boleh dapatkan jam terbang (peluang bermain) di saat latihan, sekiranya jurulatih melihat kamus tidak beraksi baik semasa latihan, kamu boleh merasa kamu Messi atau Ronaldo, tapi kalau jurulatih tidak berasa kamu bermain baik, kamu tidak akan terpilih dalam kesebelasan utama.”

“Kamu juga harus adil terhadap dirimu, kamu pernah diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama tetapi adakah kamu beraksi baik? Jawapannya tidak.”

Advertisements

Justin yakin sekiranya hanya satu minit pun diberikan oleh jurulatih, setiap pemain harus buktikan mereka benar-benar layak beraksi lebih masa di atas padang.

Saddil mendakwa beliau tidak diberikan ruang sebaiknya bersama skuad kebangsaan Indonesia untuk membuktikan kebolehan sebenarnya dan jarang beraksi selaku pemain utama.

Advertisements

“Kamu harus bersyukur boleh masuk ke Timnas Indonesia kerana ramai mahukan tetapi tidak dapat. Jadi kalau diberikan peluang oleh jurulatih, kamu harus bersyukur.”

“Jadi tolong turunkan ego kamu, kamu bukan sesiapa. Merendah dirilah, kamu ini pemain bagus dan berbakat. Saya sudah melihat ramai pemain hancur kerana sikap dan jangan sampai ego kamu memakan diri,” ujar beliau tegas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram