Dunia
Advertisements

Isu ketidaktentuan mengenai hak penyiaran masih lagi menjadi tanda tanya semua pihak sehingga kini.

Namun begitu, bagi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa mengatakan tidak perlu untuk berikan tekanan yang meninggi kepada Malaysian Football League (MFL) dalam usaha mereka menyelesaikan isu itu.

Beliau meminta semua pihak untuk memahami kesukaran yang dihadapi MFL dalam menyelesaikan isu ini dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Advertisements
MFL 1 Jangan Menekan-Nekan MFL Mengenai Hak Penyiaran
MFL sedang berusaha keras bagi menyelesaikan isu ini

“Jangan ditekan pihak MFL kerana untuk mencari penaja bukannya mudah terutamanya dalam keadaan sekarang. Nanti jadi masalah lain pula.”

“Kita tidak kisah mengenai jumlah yang bakal diterima kerana MFL sudah melakukan yang terbaik untuk semua pasukan,” katanya lagi.

Isu mengenai hak penyiaran Liga Malaysia 2020 ini dijangka akan dimuktamadkan pada awal bulan Februari.

Advertisements

Sebelum ini, Datuk Hamidin Mohd Amin memberikan bayangan yang syarikat televisyen berbayar dan percuma bakal dijadikan sebagai penyiar rasmi bagi Liga Malaysia bagi musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram