Jaringan Azwan Aripin Layak Dimasukkan Dalam Senarai PUSKAS
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Pertahanan kiri pasukan Sri Pahang FC, Azwan Aripin mencuri perhatian apabila menjaringkan gol yang cukup cantik sekaligus berpotensi untuk dikelaskan dalam anugerah PUSKAS.

Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang Penang FC beraksi dengan cukup baik untuk mengekang asakan lawan.

Bekas pertahanan Kelantan ini berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Penang yang jelas gagal mengekang asalan lawan dengan baik.

Advertisements

Malah, aksi cemerlang pemain berusia 26 tahun ini dilengkapi dengan gol penting untuk memacu kemenangan indah anak didik Dollah Salleh pada malam ini.

Serangan balas yang direncanakan dari bahagian kiri padang untuk mencari gol kedua Sri Pahang berhasil.

Azwan membuat satu larian untuk merampas bola daripada pemain lawan sebelum tidak berfikir panjang untuk terus melakukan percubaan.

Advertisements

Keputusan beliau itu membuahkan hasil apabila rembatan kencang jarak jauhnya telah memerangkap penjaga gol Penang, Hafizul Hakim yang gagal menempis rembatan tersebut.

Hasilnya, Sri Pahang memperoleh gol kedua sekaligus meletakkan pasukan dalam kedudukan selesa.

Jaringan tersebut mendapat respon yang pelbagai oleh peminat yang menganggap gol tersebut setaraf dengan jaringan PUSKAS.

Advertisements

Walau bagaimanapun, jaringan tersebut masih tidak mencukupi untuk membantu Sri Pahang layak ke separuh akhir apabila tewas dengan keputusan 2-5.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram