Jaringan Bruno Suzuki Jadikan Terengganu Kini Pasukan Paling Tumpul
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Selepas melalui dua perlawanan tanpa gol, akhirnya Kelab Bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) berjaya menoktahkan ketandusan gol pada perlawanan ketiga menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam tadi.

Jaringan tunggal yang dijaringkan pemain import mereka, Bruno Suzuki berjaya menghadiahkan kemenangan berharga buat pasukan ‘The Cops’ menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan keputusan 1-0.

Bruno yang sarat dengan pengalaman beraksi di Liga Malaysia meledak pada minit ke-74 permainan selepas memperdaya penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz. Gol tersebut merupakan gol pertama PDRM FC dalam kancah Liga Super musim ini.

Advertisements

Dengan terhasilnya jaringan dari Bruno itu, kini hanya pasukan Terengganu FC sahaja yang masih belum menjaringkan gol selepas melalui dua aksi awal Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan disusuli perlawanan kedua menentang Kedah.

Terengganu akan melayan kunjungan finalis Piala AFC musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam aksi ketiga Liga Super malam ini. Ianya juga merupakan perlawanan yang akan diingati buat bekas penyerang Terengganu, Tchetche Kipre yang kini menyarung jersi pasukan baharunya, KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram