Advertisement
Jaringan Gol Berkelas Dunia Zhafri Yahya Curi Perhatian Ramai
Dunia
MakanBola
Kuala Lumpur City FC

Jaringan berkelas dunia oleh Zhafri Yahya dalam aksi KL City menentang Langkawi kini meraih perhatian peminat bola sepak tempatan. Jaringan keempat buat KL City dalam perlawanan Piala FA tersebut antara yang menghiasi kemenangan besar 8-0 ke atas Langkawi.

Zhafri yang berada diluar kotak penalti menerima bola dengan first touch dan melakukan percubaan jarak jauh tepat ke bucu belah kiri penjaga gol lawan. Tendangan yang cukup padu tersebut sekadar mampu dilihat oleh penjaga gol Langkawi.

Gol tersebut meraih pujian dari para penyokong dilaman sosial yang memuji jaringan cantik tersebut. Malah aksi beliau dibahagian serangan KL City turut beberapa kali berjaya menguji benteng pertahanan lawan.

“Top bins by Zhafri Yahya”, “First 10 minutes, Zhafri Yahya is really on different level.” antara reaksi para penyokong bola sepak dilaman Twitter.

Zhafri kini menjaringkan 3 gol dalam aksi bola sepak Malaysia musim 2022. Beliau yang kini kerap diletakkan dibarisan serangan mula menonjollkan kualiti penyudahnya malah Zhafri turut berada dalam senarai 10 nama menunggu skuad kebangsaan kali ini.

Zhafri Yahya pada asalnya merupakan pemain tengah namun akhir-akhir ini keputusan Bojan Hodak meletakkan beliau dibahagian sayap pasukan KL City berjaya membuahkan hasil apabila penyudah Zhafri mampu melepasi gawang gol pihak lawan.