Jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua Mads Hansen memastikan pasukan tuan rumah, FC Midtjylland mengutip 3 mata penuh menentang SoenderjyskE.
Pasukan yang diwakili pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dikejutkan dengan jaringan awal Emil Holm pada minit ke-6 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan Evander.
Erik Sviatchenko berjaya memberikan FC Midtjylland kelebihan pada minit ke-54 menerusi tandukan menewaskan penjaga gawang SoenderjyskE, Lawrence Thomas.
SønderjyskE Fodbold walaubagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-91 menerusi jaringan Emil Frederiksen dalam satu serangan balas pantas.
Mads Hansen menjadi wira buat FC Midtjylland menerusi jaringan saat akhir perlawanan sekaligus memberikan tuan rumah 3 mata penuh sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Dadish Superliga.
Dalam perlawanan ini, Dion Cools beraksi lebih 18 minit selepas menggantikan Nikolas Dyhr pada minit ke-77.