Jaringan Luar Biasa Saat Akhir Wan Kuzri Bantu Akron Zips Raih 3 Mata Penuh
Dunia
Twitter @ZipsMSoc
Advertisements

Jaringan saat akhir Wan Kuzri Wan Kamal bantu pasukan yang diwakilinya, Akron Zips mengutip 3 mata penuh dalam satu perlawanan melibatkan Akron Zips dan Michigan State.

Michael membuka tirai gol perlawanan pada minit ke-63 sekaligus memberikan tekanan kepada pasukan Akron Zips.

Jason Shokalook menyamakan kedudukan Akron Zips pada minit ke-79 menerusi sepakan derasnya melepasi penjaga gawang Michigan.

Advertisements

Perlawanan yang seakan-akan bakal berakhir dengan keputusan seri akhirnya berubah dalam sekelip mata setelah pemain baru pasukan, Wan Kuzri berjaya menjaringkan gol 24 saat sebelum tamat perlawanan.

Jaringan tersebut diraikan pemain Akron Zips dan penonton yang hadir yang ternyata gembira dengan gol saat-saat akhir tersebut sekaligus memberikan 3 mata penuh kepada Akron Zips.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram