Lihat Jaringan Torpedo Syafiq Ahmad Buat Mata Yang Melihat Terpukau
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kelibat pemain pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad memberi impak yang cukup besar buat pasukan apabila menjadi watak penting ketika menetang Melaka United malam ini.

Syafiq memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama nyata membalas kepercayaan yang diberikan apabila sukar dirantai oleh barisan pertahanan lawan.

Pemain berusia 26 tahun ini tidak menunggu lama untuk membuktikan sentuhan berbisanya apabila larian beliau untuk menerima hantaran dalam kotak penalti gagal disekat barisan pertahanan Melaka United.

Advertisements

Beliau sempat melakukan tolakan kepada rakan sepasukan, Ronald Ngah yang melakukan satu rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Tidak terhenti di situ, pemain yang dipinjamkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini menghukum lawan dengan penyudah ampuhnya sungguhpun gol penyamaan telah dijaringkan oleh Ifedayo Olesogun.

Penyerang Harimau Malaya ini jelas berada dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi bergadingan dengan cukup mantap bersama barisan penyerang Kedah.

Advertisements

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini melepaskan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti sekaligus memerangkap Bryan See yang hanya mampu melihat tidak berkelip.

Syafiq menzahirkan kepuasan selepas agak lama tidak menemui sentuhan jaringan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Sungguhpun Kedah tewas kepada Melaka United, kedua-dua pasukan memperagakan aksi yang cukup baik namun rezeki memihak kepada pasukan dari selatan tanah air itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram