Jaringan Unik De Paula Dan Syafiq Ahmad Bantu JDT Berpesta Gol
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan keenam saingan Piala Malaysia kumpulan D yang berlangsung di Stadium Kota Bharu telah menampilkan pasukan Kelantan FC melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim.

Johor Darul Ta’zim yang turun dengan formasi 4-3-3 dilihat lebih ampuh mendominasi perlawanan. Percaturan unik Benjamin Mora dengan mempertaruhkan De Paula, Syafiq Ahmad dan Azrif Nasrulhaq dibarisan serangan membuahkan hasil apabila ketiga-tiga pemain ini berjaya membantu kemenangan buat pasukan.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan cuba menyesuaikan diri dan mencari rentak permainan. Banyak peluang yang terhidang namun gagal disempurnakan penyerang pasukan. Separuh masa pertama perlawanan tamat dengan JDT dan Kelantan FC terikat 0-0.

Advertisements

Aksi separuh masa kedua diwarnai dengan jaringan awal menerusi penyerang berbisa, Syafiq Ahmad pada minit ke-48 permainan. Percubaan dari luar kotak penalti yang dilepaskan penyerang kebangsaan itu berjaya mengelirukan penjaga gol Kelantan FC. Prestasi memukau serta jaringan unik dari Syafiq ini pasti akan menjadi bualan hangat bola sepak Malaysia.

Johor Darul Ta’zim terus mengorak langkah, mencetak jaringan kedua menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-60 permainan. Insiden kekasaran setelah pemain JDT, Azrif Nasrulhaq dijatuhkan telah memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Sepakan penalti yang kencang dilepaskan Leandro berjaya menghukum Faridzuan. 

Pasukan pelawat terus mengganas, menggandakan asakan melalui bahagian sayap kanan. Larian pantas S. Kunanlan disusuli satu hantaran tepat berjaya membuka ruang buat De Paula mencatat nama sebagai penjaring. Hantaran itu dilihat mudah disempurnakan De Paula.

Advertisements

Kualiti dan keupayaan pemain pertahanan tengah negara, Shahrul Saad berjaya menghukum lawan selepas beliau menjaringkan gol sulung peribadinya untuk musim ini. Tandukan padu Shahrul menerusi sepakan penjuru di minit-minit akhir permainan memastikan kemenangan bermakna 4-0 JDT keatas Kelantan FC.

JDT dalam pada itu berjaya mencatatkan rekod cemerlang apabila menang 6 kali berturut-turut dalam kempen Piala Malaysia. Menjadi juara Kumpulan D dan skuad Harimau Selatan ini meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

Episod final Piala Malaysia 2019 bakal berulang selepas JDT menempah tiket ke suku akhir bertemu pasukan Kedah FC. Perlawanan epik antara juara dan naib juara Liga Super 2021 ini pasti ditunggu-tunggu penyokong bola sepak tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram