Jawapan Spontan Nafuzi Zain Mengenai Status Terkini Rahadiazli
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi bayangan mengenai keputusan untuk menurunkan penjaga gol utama pasukan, Rahadiazli Rahalim.

Penjaga gol berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan yang serius ketika pertemuan menentang Melaka United tempoh hari.

Walau bagaimanapun, beliau difahamkan telah pun kembali menjalani latihan sepenuhnya bersama pasukan namun keputusan segalanya terletak kepada ketua jurulatih kelahiran Kelantan ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, pengendali berusia 44 tahun ini memberi bayangan bahawa khidmat Rahadiazli ditagih oleh pasukan dalam usaha untuk mengekang barisan serangan Harimau Selatan menjaringkan gol.

“Rahadi sudah pun kembali menjalani latihan selepas keadaan beliau sudah pun kembali stabil.”

“Akan tetapi saya masih tidak dapat tentukan sekarang kerana keputusan untuk siapa bermain akan ditentukan esok.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, Nafuzi mengakui beliau memerlukan khidmat penjaga gol tinggi lampai itu untuk mengemudi gawang gol pasukan.

“Sekiranya keadaan beliau terkawal, beliau merasakan dirinya bersedia jadi beliau akan bermain pada malam esok.”

Rahadiazli menjadi tunjang utama buat Terengganu musim ini dengan kecemerlangannya telah membantu pasukan untuk sampai ke tahap ini dan khidmatnya sudah tentu kembali ditagih esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram