Jawapan Stuart Ramalingam Berkenaan Isu Bakar Suar Dalam Stadium
MFL
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam melihat tindakan penyokong membakar suar mungkin menghasilkan suasana yang hebat di stadium. Tetapi disebabkan ini berkait dengan isu keselamatan dan tatatertib, beliau menyerahkan hal berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Isu pembakaran suar kembali hangat susulan tindakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membakar suar dalam tiga perlawanan pasukan itu dalam beberapa minggu lepas. Mereka dikesan melakukannya dalam perlawanan menentang Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA menentang PDRM pada 14 April lalu.

Bagi Stuart, isu pembakaran suar di stadium bukan dalam bidang kuasa MFL. Sebaliknya, itu di bawah bidang kuasa FAM yang menentukan bentuk tindakan disiplin terhadap pasukan yang melakukan kesalahan berkenaan.

Advertisements

“Saya rasa dari gambar ia nampak hebat dan memukau. Tetapi ini bukan soal gambar. Ini soal tatatertib, biar pihak berkuasa (FAM) yang bertindak,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih Bersama AEON BiG dan MFL di Pasaraya AEON BiG, Wangsa Maju semalam.

Stuart turut berpandangan undang-undang larangan suar ini dibuat bagi memelihara keselamatan di stadium termasuk keselamatan penyokong. Justeru, undang-undang sebegini ada asasnya tetapi pada akhirnya, beliau menyerahkan hal tersebut kepada FAM untuk menilai isu berkenaan.

“Undang-undang ada atau tiadanya suar untuk memastikan keselamatan di stadium. Pastinya (ia) ada dalam perundangan ada sebabnya. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, ini isu tatatertib. Dan saya tidak akan membuat komen tentang pengadil atau perkara tatatertib yang berada di bawah bidang kuasa FAM,” tambahnya.

Advertisements

Tindakan membakar suar di stadium dianggap menyalahi peraturan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram