JDT Bakal Disenaraikan Dalam Permainan EA Sports FIFA 23
Dunia
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Johor Darul Ta’zim akan disenaraikan dalam konsol permainan bola sepak EA Sports FIFA sekaligus menjadi pasukan pertama dari Malaysia disenaraikan dalam permainan sukan antarabangsa tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) di akaun Twitter rasminya.

Menerusi kemas kini terbarunya di Twitter, TMJ dilihat sedang menguji pelayan percubaan dari pihak EA Sports dan TMJ turut mengesahkan hal berkenaan selepas ditanya oleh pengguna Twitter lain.

Advertisements

“Terima kasih @EAsoutheastAsia dan @gb_gamesbond untuk salinan tajaan FIFA23. Berbesar hati untuk menjadi antara yang terawal mencubanya. Mengharapkan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang.” Tulis TMJ di Twitter.

“Jadi EA Sports akan hadir Tunku?” dan TMJ dengan ringkas menjawab “Ya.”

Umum mengetahui tentang permainan ini yang dimainkan jutaan pengguna seluruh dunia dengan rekaan grafik dan pengalaman yang mengasyikkan, keberadaan pasukan JDT dalam permainan ini sudah pasti akan memberikan nilai tambah komersial yang baik buat skuad Harimau Selatan.

Advertisements

FIFA 23 bakal dilancarkan pada 27 September ini secara berperingkat seluruh dunia dan dijangka skuad Johor Darul Ta’zim bakal tersedia dalam senarai pangkalan data EA Sports FIFA 23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram