JDT Bakal Perkenal Jersi Tanpa Penaja?

jdt 2020 rumours kit JDT Bakal Perkenal Jersi Tanpa Penaja?
Photo NIKE with Designer Adjustment
Syafiq Freman @syafiqfreman
3:51pm 21/01/2020

Jahor Darul Ta’zim menerusi laman Facebooknya, Johor Southern Tigers memaparkan sedikit teaser jersi barunya untuk musim 2020.

Lakaran artis berkenaan gambaran jersi baru JDT.

Menerusi teaser berdurasi 13 saat itu, kelihatannya jersi JDT bakal hadir tanpa sebarang cetakan penaja di bahagian hadapan.

Sebelum ini Tuanku Mahkota Johor memuat naik IG Story menerangkan bahawa beliau tidak menggemari jersi dengan cetakan penaja di hadapan.

AS Roma 3rd Kit 2017/2018

Jersi baru JDT akan diperkenalkan secara rasmi pada 1 Februari ini di Johor Bahru.