JDT Bakal Terima Seorang Lagi Pemain Naturalisasi?
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pauskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan akan menambah lagi kekuatan pasukan selepas seorang lagi pemain yang berstatus naturalisasi akan menyertai pasukan.

Skuad kendalian Tano Solari ini kini dalam prestasi terbaik selepas berjaya mencatatkan 5 kemenangan berturut-turut dalam Liga Super.

Mereka telah pun menerima seorang lagi pemain berstatus naturalisasi, Endrick Sos Santos yang kini cemerlang apabila menjaringkan 3 gol dalam 3 penampilan pertamanya.

Advertisements

JDT juga sebelum ini sudah pun mendapatkan khidmat pemain naturalisasi seperti Guilherme De Paula, Mohamadou Sumareh dan juga Liridon Krasniqi.

Namun begitu, menerusi satu ciapan oleh penyokong tegar JDT, Juan Bapakaw, beliau memberi bayangan bahawa skuad Harimau Selatan akan mendapatkan seorang lagi pemain naturalisasi pada musim hadapan.

Beliau menghuraikan ciri-ciri pemain tersebut yang difahamkan merupakan seorang pemain kelahiran Colombia.

Advertisements

Pemain tersebut difahamkan berusia 25 tahun dan sudah pun cukup tempoh untuk dinaturalisasikan pada tahun hadapan.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan, pemain yang boleh dikaitkan adalah bintang KL City FC, Romel Morales yang kini dalam fasa akhir untuk mendapatkan kerakyatan.

Sekiranya ia benar berlaku, ini bakal memberi nilai tambah yang cukup baik kepada JDT dalam usaha terus mengorak langkah dalam semua kejohanan yang disertai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram