JDT Bakal Uji Kekuatan Berdepan Gergasi Eropah
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sebagai persiapan pra-musim menjelang musim baru Liga Super, JDT bakal berdepan empat lawan terkemuka dari Eropah. Nampak sukar atas kertas tetapi bagi jurulatih mereka, Esteban Solari, ia dilihat cabaran terbaik bagi membentuk mentaliti positif pemain-pemain Harimau Selatan.

Atas sebab itu, ia akan menjadi fokus utama sepanjang mereka berada di Dubai, UAE. Solari juga berharap setiap pemain menunjukkan kemajuan dalam perlawanan yang bakal diharungi.

“Semua sedar JDT adalah kelab mempunyai standard tinggi. Setiap masa kami mahu memperbaiki prestasi dan ini sebab mengapa kami berada di sini (Dubai).

Advertisements

“Kami mahu bertemu dengan pasukan memiliki barisan pemain bagus dan mereka ketika ini berada di kedudukan terbaik dalam Liga Rusia,” katanya dalam temubual bersama JDT TV semalam.

Harimau Selatan dijadualkan bertemu FC Rostov pada malam ini. Ini disusuli kelab Bulgaria, FC Levski Sofia pada 31 Januari.

Dua kelab gergasi Rusia, Lokomotiv Moscow dan Zenit St Petersburg mengakhiri cabaran pra-musim JDT pada 2 dan 6 Februari ini.

Advertisements

Tetapi difahamkan, JDT bakal mengatur satu lagi aksi persahabatan dengan sebuah pasukan yang berpangkalan di Dubai dalam program pra-musim mereka.

Pada mata kasar, ia nampak padat dari segi program pra-musim. Tetapi bagi beliau, ia boleh memberi manfaat kepada pasukan untuk jangka masa panjang.

“Ini satu bentuk pembelajaran bagi kami dan akan membantu pasukan untuk berkembang. Sekarang saya berada di sini, saya mahu menerapkan ‘grow mentality’ yang bermaksud pemain perlu belajar dari setiap perlawanan.

Advertisements

“Mereka perlu bekerja keras untuk mencapai daya tahan tinggi kerana itu adalah penting bagi pemain bola sepak,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram