Dunia
Advertisements

Kelab Johor Darul Takzim (JDT), hari ini, terbang ke Dubai bagi perlawanan persahabatan pra-musim di negara Timur Tengah itu.

Menerusi laman rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers, kelihatan semua pemain dan pegawai yang turut serta ke Dubai seperti di dalam foto yang dikongsikan oleh laman rasmi kelab tersebut.

JDT akan menentang lima pasukan di Dubai dan antaranya ialah Pasukan Kebangsaan Turkmenistan selain akan menentang 2 kelab Eropah iaitu Riga FC dan MSK Zilina disamping turut dijadual menentang 2 kelab UAE iaitu Dibba Al Fujairah FC dan Emirates FC.

Advertisements
Jadual JDT Benar-Benar Ke Dubai, Bukan Main-Main
Jadual perlawanan JDT di Dubai

Sebelum ini, terdapat perbualan hangat mengenai keberangkatan pasukan Harimau Selatan itu yang dikatakan akan pergi ke Dubai bagi perlawanan persahabatan di sana.

Perbualan hangat itu turut mencetuskan reaksi pelbagai pihak, ada yang beranggapan JDT hanya main-main mahu pergi ke Dubai dan ada juga yang sokong dan gembira mengenai berita ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram