JDT Beri Pengalaman Terindah Buat Murilo Henrique
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique menikmati setiap detik sejak tiba di Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang pemain yang dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan untuk memantapkan kesebelasan utama pasukan.

Pemergian beberapa tonggak lama seperti Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo yang bersara membuka ruang buatnya berbakti buat JDT bagi musim 2024/25.

Advertisements

Bekas pemain SJK Seinajoki di Finland ini menjalani latihan intensif beberapa hari sebelum latihan rasmi diadakan bersama rakan baharu, Nicolao Dimitru.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Murilo memberi bayangan mengenai perasaannya sejak kali pertama menjejakkan kaki di Johor.

Advertisements

“Menikmati setiap hari,” ujarnya yang disertai dengan emotikon merah dan biru.

Pemain berusia 29 tahun ini mampu beraksi pada beberapa posisi seperti pertahanan kiri dan juga pemain tengah kiri sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada pasukan.

Advertisements

Bekas pemain Akademi Rio Ave di Portugal ini sudah beraksi hampir 103 perlawanan dan merekodkan 3 jaringan dan 27 bantuan jaringan.

JDT juga sudah pun menjalani latihan penuh setelah kepulangan pemain daripada kem kebangsaan sebagai persediaan musim baharu.

Advertisements

Sebagai rekod, JDT berjaya mengekalkan 4 trofi domestik yang dimenangi pada tahun 2022 sekali lagi pada tahun lalu selain memecahkan rekod 100 jaringan di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram