Pemain baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Samu Castillejo diberi peluang membuat penampilan pertama di pentas pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Castillejo, 30, menyertai Harimau Selatan sebagai ejen bebas baru-baru ini. Beliau dibawa masuk untuk memperkuat cabaran JDT di pentas ACLE.
Meskipun baru menyertai pasukan itu, itu tidak menghalang pengendali JDT, Hector Bidoglio memasukkan Castillejo sebagai pemain gantian menentang Buriram United pada separuh masa kedua.
Bekas pemain sayap A.C Milan itu dibawa masuk menggantikan Murilo Henrique di bahagian bek sayap kiri.
Selain Murilo, Bidoglio turut memasukkan penyerang Colombia, Jorge Obregon menggantikan Bergson da Silva untuk menggempur Buriram.
Keputusan semasa menyaksikan kedua-dua pasukan masih terikat tanpa jaringan di Stadium Buriram.
JDT dan Thunder Castle dilihat bergelut mempamerkan prestasi baik di atas padang disebabkan keadaan padang stadium yang licin.