Advertising
JDT Berpeluang Akhiri Rekod Buruk Lawan Pohang Steelers
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang menamatkan rekod buruk mereka dengan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers.

Aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) ini menyaksikan kedua-dua pasukan bertemu buat kali ketiga di pentas Asia.

Ad

Sebelum ini, Harimau Selatan dan Pohang pernah berentap dalam saingan ACL musim 2021. Musim tersebut menyaksikan JDT dikecewakan juara Korean FA Cup 2024 itu sebanyak dua kali.

Ad

JDT tewas 4-1 kepada Pohang dalam aksi tanpa penonton pada 28 Jun 2021. Ini disusuli kekalahan 2-0 di tangan lawan sama pada 1 Julai 2021.

Kesemua perlawanan yang dilalui Harimau Selatan pada musim itu diadakan di Stadium Rajamangala.

Ad

Menariknya, beberapa pemain yang pernah beraksi dalam dua aksi berkenaan masih bersama kedua-dua pasukan.

Ad

Antara pemain JDT yang ingin menamatkan rekod buruk dengan Pohang ialah Bergson da Silva, Afiq Fazail, Natxo Insa, Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong dan Matthew Davies.

Ad

Lee Ho-jae dilihat satu-satunya pemain Pohang yang memiliki kenangan menewaskan JDT pada 2021. Ini kerana beliau diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan tersebut.

JDT berharap dapat menamatkan rekod tersebut dengan sokongan padu penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Ada yang menjangkakan kehadiran aksi ini bakal memecah rekod 34,236 orang yang hadir dalam aksi JDT menentang Ulsan HD.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments