JDT & Borussia Dortmund Bakal Berentap Di Stadium Sultan Ibrahim
Dunia
JST
Advertisements

Impian melihat aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan kelab besar dunia termakbul apabila mereka difahamkan akan turun berdepan Borussia Dortmund.

Perkara ini sudah pun tular di media sosial sebelum ini sambil harapan para peminat amat tinggi untuk melihat perlawanan seperti ini berlangsung.

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, pasukan Harimau Selatan akan turun berdepan bekas juara Bundesliga itu pada bulan November nanti.

Advertisements

Perlawanan ini merupakan aksi persahabatan tatkala kelab yang berpangkalan di Jerman ini akan datang bagi berdepan beberapa pasukan di rantau Asia Tenggara.

Pengumuman ini jelas mendapat respon yang cukup positif oleh para penyokong selepas pasukan dari selatan tanah air ini tampil cemerlang di pentas Liga Juara-Juara AFC musim ini.

Advertisements

Aksi ini akan berlangsung di stadium keramat JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bharu dan dijangka bakal menerim sambutan yang cukup luar biasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram