Advertisement
JDT Cipta Kebanggaan, Kini Kelab Ke-9 Terbaik Di Asia
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kebanggaan apabila menjadi kelab ke-9 terbaik di Asia ketika ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan momentum cemerlang apabila mencatatkan rekod bersih 100 peratus kemenangan musim ini.

Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan langkah selaku antara kuasa besar rantau ini apabila menembusi kelompok 10 kelab terbaik di Asia.

Kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Jdt kini mengumpul 77.8 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT naik ke tangga 9 di Asia berbanding ke-14 tempoh hari.

Kemajuan memberangsangkan ini juga menyaksikan JDT naik 14 anak tangga bagi kedudukan ranking kelab di dunia dan berada pada tangga ke-291 ketika ini.

Kedudukan ini membolehkan JDT mengukuhkan reputasi selaku kelab nombor satu di Asia Tenggara dan Malaysia dengan pesaing terdekat adalah kelab Thailand, Buriram United yang menghuni tangga ke-42 di Asia (617 di dunia).

Pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini turut menghampiri tangga beberapa pasukan gergasi Asia lain seperti Pohang Steelers (4), Ulsan HD (6) dan juga Persepolis (7) di Asia.

Kelab nombor satu di Asia kekal menjadi milik Al-Hilal dengan 86.3 mata disusuli oleh Al-Nassr (82.6 mata) dan juga Vissel Kobe di tangga ketiga dengan 79.5 mata.

Copy of Untitled Design 55 JDT Cipta Kebanggaan, Kini Kelab Ke-9 Terbaik Di Asia

JDT menjadi wakil tunggal Malaysia untuk bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi musim 2024/25 yang dijadualkan bermula pada bulan September 2024.