Advertisement
JDT Dilaporkan Buru Khidmat Penjaga Gol Import
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Desas-desus mengenai identiti penjaga gol yang menjadi buruan jaguh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) difahamkan adalah pemain import.

Perkara ini mula menjadi bualan ramai selepas satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards tentang pembelian 4 pemain baharu iaitu Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Ryan dan Declan Lambert.

Namun begitu, JDT juga memaklumkan bahawa pasukan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat seorang penjaga gol bagi musim 2024/25.

Penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman telah memberikan bayangan mengenai watak baharu skuad Harimau Selatan ini.

Sungguhpun pada awal hantarannya, beliau memaparkan gambar penjaga gol Selangor, Sam Somerville, individu tersebut difahamkan bukanlah menjadi pemain buruan JDT.

Perkembangan terbaru olehnya memaklumkan bahawa identiti pemaih yang dimahukan oleh JDT ialah seorang penjaga gol import.

“Bawa bertenang. Gambar hanya sekadar hiasan. Penjaga gol yang sedang jadi buruan bukan seorang pemain tempatan & bukanlah juga pemain warisan mahupun naturalisasi,” ujar Juan Budiman di laman X.

Ketika ini, JDT sudah pun memiliki 10 pemain import bersama pasukan namun pada pengumuman awal, Oscar Arribas bakal dipinjamkan ke kelab lain nmaun ketika ini masih menjalani latihan bersama pasukan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) juga memberi kelulusan buat wakil Malaysia yang beraksi di Asia untuk mendaftarkan 10 pemain import dalam satu pasukan.

Kemasukan watak hebat juga bakal memberi persaingan terbaik kepada dua penjaga gol JDT, Syihan Hazmi dan Farizal Marlias terutamanya pada aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).