JDT II Juara Liga Premier 2022
Dunia
Unifi
Advertisements

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengesahkan gelaran Juara Liga Premier 2022 selepas berjaya menewaskan cabaran Selangor 2 di Stadium UiTM Shah Alam.

Jaringan tunggal Daryl Sham pada minit ke-49 sudah cukup buat kelab dari Selatan tersebut bergelar juara sekaligus melengkapkan tahun serba gemilang Johor Darul Ta’zim yang turut dalam momentum yang baik untuk bergelar juara Liga Super 2022.

Kelantan yang sebelum ini keciciran beberapa mata memerlukan jumlah jaringan yang besar menentang Kelantan United di Kota Bharu dan ianya dilihat agak mustahil buat the Red Warriors menafikan kejuaraan JDT II.

Advertisements

Musim 2022 dilihat sebagai tahun gemilang negeri Johor yang dengan menjuarai kutipan pingat di SUKMA dengan 179 pingat dan JDT II menjuarai Liga Premier 2022 disamping JDT dalam keadaan baik untuk bergelar juara Liga Super disamping turut menjuarai Piala FA baru-baru ini menewaskan Terengganu di Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram