JDT Ikat Gergasi Rusia, Spartak Moscow
Dunia
Twitter / Spartak Moscow
Advertisements

Johor Darul Ta’zim berjaya mengikat gergasi Rusia, Spartak Moscow 1-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Johor Darul Ta’zim bermula baik menerusi jaringan pertama hasil sepakan penalti Bergson da Silva pada minit ke-23 selepas pengadil perlawanan mengesan kekasaran yang dilakukan Maximiliano Caufriez kepada Fernando Forestieri.

Bersambung babak ke-2, kedua-dua pasukan membuat beberapa asakan berbahaya dan Spartak Moscow akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 selepas bola sepakan sudut berjaya disudahkan Aleksandr Sobolev.

Advertisements

JDT menamatkan siri jelajah UAE 2022 dengan 1 kemenangan, 3 keputusan seri dan tewas 1 kali.

Spartak Moscow kini berada di tangga ke-9 Liga Perdana Rusia selepas 18 perlawanan dan kelab ini beberapa kali beraksi dalam singan tertinggi Eropah seperti Liga Juara-juara UEFA.

Foto Twitter / Spartak Moscow

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram