JDT Jadi Sumber Inspirasi Kelab ASEAN
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menapak sebagai kelab contoh terbaik Malaysia yang berada di Asia Tenggara.

Skuad Harimau Selatan kini sedang menjalani latihan pra-musim di Johor Bharu namun sudah mula mencuri perhatian ramai.

Baru-baru ini, kelab Thai League 1, Police Tero telah pun tiba di Johor Bharu untuk menjalani latihan pra-musim bermula 13 hingga 21 Mac 2024.

Advertisements

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu juga sempat mengadakan aksi persahabatan yang berkesudahan dengan kemenangan besar 5-0 memihak kepada tuan rumah.

Menerusi perkongsian oleh Cheng Hoe, beliau berkongsi sebab memilih untuk menjalani latihan di pusat latihan serba canggih milik JDT untuk meningkatkan prestasi pasukan.

“Saya mahu pemain saya mengalami persekitaran baharu dengan meminta mereka berlatih di kemudahan bertaraf dunia di rantau ini, dan ketika itulah pengurusan kelab menghubungi JDT untuk mendapatkan bantuan, dan mereka bersetuju membenarkan pemain kami menggunakan kemudahan mereka untuk latihan.”

Advertisements

“Kita semua tahu standard kemudahan JDT, kerana mereka mempunyai segala-galanya di kelab mereka dengan semua teknologi latihan terkini. Saya tidak mengatakan bahawa kemudahan kami tidak cukup baik, tetapi kemudahan di JDT jauh lebih baik dan akan memberikan pemain kami kelebihan yang lebih baik dalam persembahan mereka.”

Bekas pengendali kebangsaan itu juga menzahirkan penghargaan tertinggi kepada pemilik kelab JDT, DYAM TMJ yang sudi memberikan peluang untuk pasukannya berlatih di pusat latihan JDT.

“Saya ingin meluangkan masa ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana telah berbaik sangka dan menghulurkan bantuan bagi menyediakan pemain saya sepanjang musim ini.”

Advertisements

“Pasukan kelihatan lebih bersemangat, dan kami akan bekerja keras untuk memastikan kami menamatkan musim kami dengan cemerlang dengan baki sembilan perlawanan,” kata Cheng Hoe ketika dihubungi oleh Scoop.

Bukan itu sahaja, sebuah lagi kelab Thai League 1, Chonburi FC menyusuli langkah Police Tero untuk datang ke Malaysia selain mengatur dua aksi persahabatan pada 20 dan 22 Mac menentang JDT.

Kecemerlangan JDT di pentas tertinggi bola sepak Asia apabila beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) selama beberapa tahun telah membuka mata kelab rantau ini untuk menguji kekuatan pasukan menentang JDT.

Advertisements

Selepas ini, JDT akan terbang ke Alicante, Sepanyol bagi menjalani latihan pra-musim di sana bermula pada 14 hingga 30 April dengan 7 aksi persahabatn menanti pasukan dalam tempoh tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram