Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan kolaborasi baharu dengan syarikat antarabangsa terkenal.
Perjanjian ini dijangka akan diumumkan pada penghujung September tentunya menjadi perhatian oleh seluruh peminat bola sepak tanah air dan juga Asia.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, kolaborasi yang bakal diwujudkan ini bakal mencetuskan fenomena dalam industri bola sepak tempatan.
Malah, JDT juga memaklumkan bahawa kolaborasi ini bepotensi untuk membantu kelab bagi menjana pendapatan bernilai sehingga jutaan ringgit.
Bukan itu sahaja, kolaborasi bersejarah ini juga difahamkan berlangsung untuk tempoh empat tahun berturut-turut.
Ia merupakan perjanjian terbesar dalam sejarah kelab bola sepak Malaysia selain membuktikan status Harimau Selatan selalu pasukan yang disegani di rantau ini.
Perjanjian tersebut juga menjadi satu pemanda aras penting bahawa JDT mampu menarik jenama-jenama utama antarabangsa.
Ini juga sejajar dengan perancangan kelab yang dilihat berada di landasan yang tepat dengan hala tuju, visi dan kekuatan komersilnya bertitik tolak daripada naungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Rakan baharu kelab JDT ini juga sudah pun menjalinkan bekerjasama dengan beberapa kelab terkenal di seluruh dunia seperti PSG, Manchester City, Juventus, Atletico Madrid, Benfica, River Plate dan banyak lagi di serata dunia.
Ini sekaligus dapat membantu untuk
menaikkan lagi status JDT yang serius mahu menjadi gergasi Asia.