JDT Jalin Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa, Socios
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama jenama antarabangsa, Socios sekaligus membuka peluang buat penyokong setia JDT menjadi sebahagian dari kelab.

Sosios merupakan satu platform buat penyokong bola sepak seluruh dunia ‘bekerjasama’ dengan kelab dengan lebih dekat dengan pemilikan token peminat.

Penyokong JDT kelak boleh memiliki token $JDT di Socios.com sekaligus membolehkan penyokong mengakses komuniti di mana pertandingan, undian kelab, ‘prediction’ dan pelbagai lagi ciri-ciri boleh memberi akses kepada ganjaran termasuk barangan cenderahati kelab, tiket-tiket VIP dan pengalaman kelab yang unik dan tidak akan dilupakan.

Advertisements

Penyokong JDT juga boleh mengundi dalam membuat keputusan yang akan dibuat oleh kelab dalam pelbagai bahagian mengenai pasukan, stadium dan fasiliti berkelas dunia JDT. Para Pemegang Fan Token juga boleh mengundi Pemain dan Gol Terbaik Bulanan selain membantu membuat keputusan siapakah pemain atau kakitangan yang bakal muncul dalam kandungan Media Sosial kelab.

Selain itu, pemegang Fan Token juga layak untuk memenangi hadiah istimewa termasuk jersi ‘match-worn’ pemain dan pelbagai barangan cenderahati yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini untuk dibeli oleh penyokong.

Lebih dari 170 organisasi terkemuka sukan termasuk banyak kelab ternama dari Eropah dan Amerika Latin telah bekerjasama dengan Socios.com untuk mencipta pengalaman dan peluang baharu untuk penyokong mereka menerusi Fan Tokens.

Advertisements

Antara jenama yang bekerjasama dengan Socios.com’s adalah gergasi bola sepak FC Barcelona, Paris Saint-Germain, Manchester City, Juventus, AC Milan, Inter Milan, Arsenal, Napoli, Valencia, Atlético de Madrid dan banyak lagi pasukan Eropah.

Socios.com juga mempunyai kehadiran di Amerika Selatan termasuk beberapa kelab besar dari Brazil, Mexico, Chile dan Argentina. Tambahan dari bola sepak, gergasi MMA, UFC, pasukan utama Formula 1, organisasi esports dan lebih 70 francais sukan utama Amerika Syarikat bermula dari NBA, NHL, NFL dan MLS turut menyertai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram