JDT Juara Liga Super 2022
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bergelar selaku juara Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan sambil Sabah FC tewas kepada Terengganu FC untuk mengesahkan kejuaraan.

Harimau Selatan turun dalam perlawanan ini dengan prestasi terbaik selain anak didik K. Devan juga mahu mencuri mata di gelanggang lawan.

Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Hector Bidoglio tidak mahu melepaskan peluang untuk menjuarai trofi lebih awal dengan satu persembahan yang cukup cemerlang.

Advertisements

Keunggulan Harimau Selatan jelas tidak dapat ditandingi oleh lawan apabila membelasah mereka dengan keputusan 5-0.

Sambil itu, Sabah FC yang dibimbing oleh Dato’ Ong Kim Swee jelas gagal menandingi kehebatan Terengganu yang beraksi di laman sendiri apabila tewas dengan keputusan 2-0.

Gol yang dijaringkan oleh Pape Diakite dan juga Nik Sharif membawa pasukan Nafuzi Zain menghampiri tangga kedua Liga Super apabila hanya dibezakan dengan satu mata.

Advertisements

Terengganu yang turut mahu merebut slot ke saingan AFC musim hadapan tidak melepaskan peluang apabila tampil cemerlang untuk mengutip 3 mata.

Kejuaraan ini menjadi trofi Liga Super ke-9 berturut-turut yang dirangkul oleh pasukan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sejak dikendalikan olehnya.

JDT juga menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya melakukan perkara ini dalam sejarah sekaligus membuktikan kualiti dan dominasi pasukan ketika ini.

Advertisements

Untuk rekod, JDT mencatatkan 14 kemenangan dan juga 4 seri dalam 18 perlawanan dengan mengumpul 46 mata sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim ini.

Perebutan slot kedua dan ketiga Liga Super masih lagi terbuka dengan pasukan seperti Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan bersaing sengit untuk mendapatkan slot ke Asia.

Sabah mengumpul 36 mata dan hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan tangga ketiga, Terengganu sambil Negeri Sembilan berada pada tangga keempat dengan 35 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram