JDT Kini Kelab Ke-31 Terbaik Asia, Naik 126 Anak Tangga
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada bola sepak Asia apabila mencatatkan perkembangan yang cukup baik sejak kebelakangan ini.

Hal ini telah membawa kepada pertumbuhan ranking yang lebih baik apabila Harimau Selatan difahamkan naik 126 anak tangga.

Menerusi satu perkongsian oleh laman rasmi Johor Southern Tigers, JDT mencatatkan kemajuan luar biasa dalam ranking kelab bola sepak dunia.

Advertisements

Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Opta Anlyst, JDT kini berada di tangga ke-447 Dunia, ke-31 Asia dan kedua Asean.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 72.7 mata sekaligus menyaksiakn kedudukan JDT naik 126 tangga dari tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.

Advertisements

Hal ini sekaligus menyaksikan JDT menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berada dalam Top 500 sementara pasukan lain Liga Malaysia berada di tempat 2,148 dan ke bawah.

Di peringkat Asean, JDT kini menghuni tangga kedua dibelakang kelab gergasi Thailand, Buriram United.

Advertisements

Buriram United berada di tangga ke-418 dengan 73.1 mata manakala Harimau Selatan menghuni tangga ke-31 di Asia dengan Al-Ittihad di tangga pertama dengan 83.1 mata.

Perkembangan ini sudah pasti menjadi detik penting buat JDT dan juga Malaysia dalam memastikan lebih banyak kelab ampu bersaing secara kompetitif di pentas Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram