Advertisement
JDT Kini Kelab Ke-573 Terbaik Dunia, Lebih Tinggi Dari Kelab Bekas Juara EPL
Asia
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kedudukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada tangga ke-573 sekaligus mengatasi kedudukan bekas juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 1995, Blackburn Rovers.

Perkara ini dikongsikan oleh sebuah laman analisis bola sepak Opta Analyst yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan daripada kedudukan yang dimuat naik oleh laman tersebut, skuad Harimau Selatan kini berada pada kedudukan ke-573 dunia dengan rating sebanyak 71.80 mata.

Ini juga menjadikan kedudukan JDT lebih tinggi daripada Blackburn Rovers dan juga bekas kelab gergasi Sepanyol, Real Zaragoza.

Bagi kedudukan kelab Asia Tenggara lain, terdapat dua kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta masing-masing di tangga ke-1,798 dengan 63.74 mata dan di tempat ke 2,724 dengan 59.80 mata.

B5C4C442 5C56 455B B971 C6ADB38BD508 JDT Kini Kelab Ke-573 Terbaik Dunia, Lebih Tinggi Dari Kelab Bekas Juara EPL
Opta Analyst

Laporan awal oleh Flash Sukan ini menyatakan bahawa juara Jerman, Bayern Munich unggul pada kedudukan pertama diikuti oleh Manchester City, Barcelona dan Napoli masing-masing dengan 100, 97.85 dan 95.04 mata.

15F13ECD AA9B 4FF2 BD81 8CEDD3472F41 JDT Kini Kelab Ke-573 Terbaik Dunia, Lebih Tinggi Dari Kelab Bekas Juara EPL
Opta Analyst

JDT sudah tentu dalam pemburuan terbaik untuk terus melangkah dengan lebih gagah terutamanya dalam pentas Asia bagi bersaing merebut kejuaraan berprestij tersebut.