Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan jersi baharu mereka untuk musim 2024
dalam satu majlis pelancaran yang turut dimeriahkan dengan kehadiran para penyokong di Stadium
Sultan Ibrahim pada 24 April 2024.

Harimau Selatan masih mengekalkan jenama Nike sebagai pengeluar jersi pasukan tersebut. Jersi baharu JDT musim ini didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi berwarna ‘biru merah’ untuk kit
JDT ‘Home’ dan jersi berwarna putih untuk kit ‘Away’.

JDT sentiasa komited dalam menampilkan reka bentuk jersi baharu yang Istimewa khas buat para penyokong.

Advertisements
jersi jdt 2024 JDT Lancar Jersi 'Home & Away' Musim 2024/25
Johor Southern Tigers

Jersi tuan rumah bagi musim kali ini terus mengekalkan warna tradisi bendera Johor iaitu merah dan
biru. Ia tampil dengan warna biru sebagai warna utama, diselangi jalur berwarna merah di bahagian
hadapan dan belakang, serta kolar bulat dan terdapat jalur merah di bahagian hujung lengan.

Sementara jersi ‘Away’ JDT kekal dengan warna putih sebagai warna utama disamping terdapat jalur
merah di bahagian lengan dan juga leher jersi.

“Ini adalah tahun kesepuluh kerjasama Nike bersama Harimau Selatan sejak 2014. Jersi ini adalah
lambang legasi kejayaan sedekad dominasi serta prestij jenama antara kedua-dua pihak.”, kata Nike.

Advertisements

Tambahan ciri unik yang membezakan dengan jersi terdahulu adalah nama Harimau Selatan di
bahagian dalam belakang jersi tersebut.

Jersi baharu pada musim ini juga masih mengekalkan konsep rekaan berteknologi tinggi iaitu ‘Nike Dri-
Fit’.

Pengenalan jersi baharu tersebut dilancarkan menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 10 saat yang
berkisar mengenai pasukan JDT bukan sekadar sebuah kelab bola sepak, namun ia juga sebagai ejen
penyatuan rakyat yang berkongsi minat dan rasa cinta yang sama. Video tersebut turut memberi
bayangan bahawa skuad JDT telah bersedia menghadapi musim baru dalam misi memburu
kemenangan demi kemenangan.

Advertisements

Platform aplikasi Socios.com yang telah menjalin kerjasama dengan JDT sejak September 2022 akan
terus kekal menghiasi ruang tengah bahagian depan jersi tersebut.

Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di stor dalam talian JDT (JDT Online Store) ataupun
pembelian secara ‘walk-in’ di JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim.

Harga bagi kedua-dua jersi ‘Home’ & ‘Away’ ini boleh didapatkan pada harga RM299 sehelai. Jersi khas
untuk para penyokong wanita juga boleh didapatkan dengan harga yang sama. Atas permintaan ramai,
pihak Nike telah pun menambah saiz jersi ‘Home’ dan ‘Away’ men sehingga 3XL.

Advertisements

Karnival turut diadakan sempena majlis pelancaran ini dengan beberapa persembahan dari Boys of
Straits, Kidd Santhe, Saixe dan juga DJ Naufal. Luaskan Kuasamu Johor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram