JDT Mahu Terus Cipta Kejutan Di ACL
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu terus mencipta fenomena dalam pentas bola sepak Asia selepas berjaya melakukan perkara tersebut sebelum ini.

JDT telah memberi petanda positif dalam kejohanan tersebut dengan membuktikan mereka sedia berdepan mana-mana pasukan di rantau ini.

Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan telah membenam cabaran dua pasukan gergasi Asia, Kawasaki Frontale dan juga Ulsan Huundai untuk mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, beliau optimis kehadiran jurulatih baharu kelahiran Argentina, Esteban Solati bakal memberi nafas baru dalam corak permainan pasukan.

“Kami mahu mencapai tahap tertinggi, dan perkara ini sudah dibuktikan sejak beberapa tahun lalu, dari tahun ke tahun.”

“Kami telah melepasi (peringkat Kumpulan ACL) di tempat kami sendiri di Johor untuk layak ke pusingan kalah mati (16 terbaik), namun di peringkat berikutnya kami tidak berjaya.”

Advertisements

Beliau yakin pasukan sedang bekerja keras dengan kemasukan beberapa muka baharu bakal menambah kekuatan pasukan.

“Kini kami mahu cuba melakukannya lagi dan berharap dapat lepasinya,” katanya.

JDT bakal mengadakan aksi pra-musim di Dubai bagi persiapan pasukan yang bakal menempuh jadual padat berbanding pasukan lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram