JDT Nafi Tandatangani Muslihuddin Atiq
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Berita perpindahan pemain melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sering kali menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air.

Dan baru-baru ini telah tular satu berita mengenai pemain muda Terengganu, Muslihuddin Atiq Mat Zaid yang dikatakan telah menerima tawaran daripada JDT. Namun begitu, sebentar tadi, JDT telah menjelaskan segalanya mengenai berita tersebut.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan bahawa tiada tawaran telah dibuat kepada pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq Mat Zaid.

Advertisements

“JDT sedang dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar negara dan berkemungkinan akan menandatangani seorang pemain tempatan, tetapi pemain tersebut bukanlah Atiq,” jelas Alistair Edwards selaku Pengarah Teknikal JDT.

Alistair juga turut tertanya-tanya dari manakah Atiq mendapat tawaran tersebut kerana tiada seorang pegawai dari JDT yang menawarkan tempat kepada beliau di JDT.

“Kami terkejut dengan berita tentang tawaran yang sudah dilakukan kepada Atiq. Kami juga tertanya-tanya dari mana Atiq mendapat tawaran tersebut kerana tiada walau seorang pun staf teknikal termasuk saya selaku Pengarah Teknikal atau Martin Prest, Pengarah Sukan telah membuat tawaran kepada pemain tersebut,” katanya lagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram