JDT Pertaruh 8 Pemain Import Hadapi Urawa Reds Di Pentas ACL
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa 8 pemain import bagi memperkuat pasukan untuk menghadapi cabaran Urawa Red Diamonds pada pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara AFC 19 Ogos ini.

Anak didik Hector Bidoglio bakal menentang juara dua kali Asia itu dalam usaha untuk mencipta kejutan bagi melakar kemenangan ke atas pasukan gergasi Asia ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, pasukan Harimau Selatan telah pun mengumumkan senarai pemain yang bakal dibawa ke Jepun.

Advertisements

JDT difahamkan telah membawa 35 orang pemain secara keseluruhannya untuk membawa cabaran pasukan di pentas tertinggi kejohanan Asia kali ini.

Lebih menarik perhatian, Bidoglio dilihat telah menyenaraikan 8 orang pemain import dalam usaha untuk memberikan segalanya ketika berdepan Uraaa Reds di Stadium Shibuya, Jepun.

Barisan serangan pasukan dijangka kekal diketuai oleh duo berbisa JDT, Bergson Da Silva dan juga Fernando Forestieri sementara nama-nama seperti Leandro Velazquez dan juga Shane Lowry turut berada dalam senarai.

Advertisements

Selain itu, pemain import lain seperti Moussa Jr., Levy Madinda dan Carlie De Murga turut dibawa dengan pemain import berkelas Eropah, Jordi Amat bakal menjadi tonik tambahan pasukan di sana.

Hal ini disebabkan tiada sekatan bilangan untuk mendaftarkan pemain import dalam kejohanan ini namun hanya kuota 3+1 sahaja yang boleh beraksi dalam suatu masa boleh digunakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram