Ads
JDT Racing Team Lakar Sejarah Bersaing Di WSBK
UltraSukan
JDT Racing Team

Meskipun berstatus pendatang baru dalam dunia perlumbaan motorsikal, JDT Racing Team menunjukkan pencapaian cemerlang dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024.

Advertisements

Dan terbaru, JDT Racing Team mencipta sejarah apabila mendapat tiket wild card untuk menyertai Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal pada bulan hadapan.

Advertisements

Perkara ini diumumkan sendiri pasukan itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka.

Advertisements
Advertisements

“Pasukan JDT Racing Team mencipta sejarah baharu dunia permotoran negara apabila diberikan tiket ‘wild card’ untuk menyertai Kejohanan Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal dari 9 hingga 11 Ogos 2024,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini turut memberi peluang kepada pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah kembali berlumba dalam saingan WSBK.

Advertisements

Kali terakhir beliau bersaing dalam kejohanan itu ialah musim 2023 menerusi pasukan PETRONAS MIE Racing Honda Team.

Hafizh bakal berlumba menggunakan jentera Ducati Panigale V4R. Jenteranya bukan saja memiliki spesifikasi sama seperti jentera milik penyandang juara dunia WSBK dari Sepanyol, Alvaro Bautista.

Malah, JDT Racing Team juga akan menerima sokongan pasukan teknikal daripada Ducati Factory yang berpangkalan di Bologna, Itali.

Advertisements

Jentera Hafizh juga bakal menggunakan corak dan warna khas JDT untuk perlumbaan di Portimao nanti. Perlumbaan itu bakal berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram