JDT Rangkul Gelaran Juara Liga KPM Tewaskan Perlis
Komuniti
ArenaBolaSepakPerlis
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) B-17 merangkul gelaran juara Liga Piala Remaja KPM-FAM B17 2023.

Aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyaksikan wakil JDT, SMK Taman Desa Skudai berjaya menewaskan wakil dari Perlis, SMK Syed Hassan.

Jaringan tunggal di babak pertama perlawanan telah menjulang JDT menjadi juara. Aksi di separuh masa kedua tamat dengan tiada jaringan tambahan terhasil.

Advertisements

Gol yang dihasilkan penyerang berbisa, Abid Safaraz memastikan JDT mendahului Perlis hingga ke babak akhir permainan.

Pada minit ke-31 permainan, gerakan cantik Aiman Nazmi telah disempurnakan Abid. Abid yang berjaya melepasi kawalan pertahanan Perlis menyambar masuk bola lorangan dari Aiman Nazmi.

JDT mengesahkan kejuaraan, menang keatas Perlis dengan keputusan 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram