Johor Darul Ta’zim (JDT) sah menandatangani bek Harimau Malaya, Jon Irazabal.
Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video yang disiarkan di laman media sosial Johor Southern Tigers bagi menyaksikan kelibat Jon Irazabal selaku rekrut baharu JDT.
”Hanya ada satu destinasi terbaik di Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT),” umum pihak kelab tersebut.
”Selamat datang Jon Irazabal.”
Pemain warisan Harimau Malaya ini menyertai JDT setelah meninggalkan kelab gergasi Azerbaijan, Sabah FK selepas hampir 3 musim bersama dan mengecapi pelbagai kejayaan di sana.
Untuk rekod, Jon Irazabal telah merekodkan 98 penampilan bersama Sabah dan menjaringkan 6 gol dan melakukan dua bantuan jaringan untuk pasukan gergasi Azerbaijan tersebut.
Irazabal juga sempat merasai kejuaraan Piala Azerbaijan yang dimenangi oleh Sabah FK pada 31 Mei lalu selain membantu kelab itu muncul naib juara dan tempat ke-3 Liga Azerbaijan.
Kini, Irazabal bakal menjadi pemain warisan kedua Harimau Malaya yang menyertai skuad Harimau Selatan ini selepas perancang, Hector Hevel yang masih belum diperkenalkan.