Advertisement
JDT & Selangor Sambar 4 Bakat Muda SSTMI
Liga A1
MakanBola
Akademi Bolasepak SSTMI

Empat bakat muda Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) kini sah menjadi sebahagian daripada skuad pembangunan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC.

Perpindahan pemain-pemain ini diumumkan Akademi Bolasepak SSTMI menerusi satu hantaran di akaun X hari ini.

SSTMI mengucapkan selamat berjaya kepada semua pemain yang menyertai pasukan lain. “Selamat maju jaya semua,” katanya.

Zamir Zairi dan Haziq Hafiz menyertai skuad JDT Bawah 20 Tahun (B-20) atau dikenali sebagai JDT IV. Kedua-duanya bakal mendapat didikan jurulatih Sepanyol, Gonzalo Sanz Zaballos.

Sementara Adam Fitri dan Harith Danish pula bakal berkelana ke Lembah Klang untuk menyertai skuad Selangor B-20.

Manakala dua lagi bakat muda SSTMI iaitu Ashraaf Suffian dan Azim Akmal pula bakal berkelana ke sebelah utara tanah air.

Ini selepas Ashraaf dan Azim telah menerima tawaran menjadi sebahagian daripada skuad Penang B-20.